Monday, 27 April 2026

ULANGKAJI ASK F3 (PPT )

 ULANGKAJI - BAB 1 & BAB 2

OBJEKTIF ( Baca semua )

fasa-fasa pembangunan aturcara.

proses yang terlibat dalam fasa analisis masalah

teknik asas dalam pemikiran komputasional.

4 Teknik pemikiran komputasional.

Huraian apa berlaku dalam setiap fasa 

kriptografi.

simbol carta alir

perwakilan data - Proses Cipher- Jenis Cipher - tahap kerahsiaan

sifer Columnar Transposition - Pigpen - Rail Fence -Caeser Cipher 

Ralat algoritma ( baca ms 9)

Jadual fasa pembangunan aturcara 


SELAMAT JAWAB EXAM 

Tuesday, 27 January 2026

SOALAN 3 - JAWAB DI BUKU LATIHAN

 SOALAN PROJEK 2 -- KLIK SINI 

SOALAN 1 - JAWAB DI BUKU LATIHAN

 SOALAN PROJEK 1 ( PELAPORAN ) -ASK




JAWAPAN : 

JAWAPAN : 

JAWAPAN :

(a) Fasa Analisis Masalah

Teknik: Leraian

(i) Masalah besar:
Mengira BMI setiap pelajar dan menentukan kategori berat badan berdasarkan nilai BMI.

(ii) Masalah kecil:

  • Mendapatkan berat badan pelajar
  • Mendapatkan tinggi pelajar
  • Mengira nilai BMI
  • Menentukan kategori BMI mengikut julat yang diberi

(b) Fasa Reka Bentuk Atur Cara

Teknik: Pengecaman Atur Cara

(i) Input yang diperlukan:

  • Berat badan pelajar (kg)
  • Tinggi pelajar (meter)

(ii) Formula yang digunakan:
BMI = Berat / (Tinggi × Tinggi)

(iii) Output yang dijangkakan:

  • Nilai BMI
  • Kategori BMI (kurang berat badan / berat badan unggul / berlebihan / obes)

Teknik: Peniskalaan

Masalah yang sama digunakan untuk semua pelajar dengan hanya menukar nilai berat dan tinggi.


Teknik: Pengitlakan

(iv) Pseudokod:

MULA

Masukkan berat

Masukkan tinggi

BMI = berat / (tinggi × tinggi)

 

Jika BMI < 18.5

  Papar "Kurang berat badan"

Jika BMI >= 18.5 dan BMI <= 24.9

  Papar "Berat badan unggul"

Jika BMI >= 25 dan BMI < 30

  Papar "Berlebihan berat badan"

Jika BMI >= 30

  Papar "Berat obes"

 

Papar BMI

TAMAT

(v) Carta alir (huraian ayat):
Mula → Masukkan berat dan tinggi → Kira BMI → Bandingkan nilai BMI → Papar kategori → Tamat


(c) Fasa Pengekodan

Teknik: Leraian

(i) Masalah besar:
Menulis kod arahan untuk mengira BMI dan memaparkan kategori.

(ii) Masalah kecil:

  • Menulis kod input
  • Menulis pengiraan BMI
  • Menulis struktur kawalan pilihan (if-else)

Teknik: Pengecaman Corak

(iii) Persamaan:
Semua kategori BMI menggunakan syarat perbandingan nilai.

(iv) Perbezaan:
Julat nilai BMI menentukan kategori yang berbeza.

(v) Kod arahan Python:

berat = float(input("Masukkan berat (kg): "))

tinggi = float(input("Masukkan tinggi (m): "))

 

bmi = berat / (tinggi * tinggi)

 

if bmi < 18.5:

    print("Kurang berat badan")

elif bmi <= 24.9:

    print("Berat badan unggul")

elif bmi < 30:

    print("Berlebihan berat badan")

else:

    print("Berat obes")

 

print("BMI =", bmi)


(d) Fasa Pengujian dan Penyahpepijatan

Teknik: Leraian

(i) Masalah besar:
Memastikan atur cara menghasilkan output yang betul.

(ii) Masalah kecil:

  • Nilai BMI tidak tepat
  • Kategori BMI tidak sepadan

Teknik: Pengecaman Corak

(iii) Jenis ralat:

  • Ralat logik (syarat BMI salah)
  • Ralat input (tinggi atau berat tidak munasabah)

(e) Fasa Dokumentasi

Teknik: Leraian

(i) Masalah besar:
Merekod maklumat sistem BMI untuk rujukan.

(ii) Masalah kecil:

  • Tujuan atur cara
  • Input dan output
  • Formula BMI

Teknik: Peniskalaan

(iii) Kod arahan Python:
Kod disimpan dan boleh digunakan semula untuk pelajar lain.











Monday, 19 January 2026

SEMAK EMAIL MOE MURID Assalamualaikum & selamat sejahtera,- SEMAK ID DELIMA Guru² kelas boleh kongsikan pautan berikut kepada group kelas masing² untuk murid-murid mendapatkan id DELIMa berserta kata laluan mereka. Terima kasih.

Sunday, 26 October 2025

ULANGKAJI ASK F3 --UASA

 TOPIK UNTUK ULANGKAJI --UASA 2025

Tajuk-Tajuk Utama Asas Sains Komputer (ASK)

1. Pemikiran Komputasional

    ◦ Konsep Asas Pemikiran Komputasional. - ms2,3

    ◦ Teknik Pengitlakan (Generalization).-ms 5,6,7

2. Pembangunan Atur Cara

    ◦ Fasa Pembangunan Atur Cara (termasuk fasa Pengkodan dan Carta Alir). ms 19-22

3. Kriptografi dan Penyulitan Data (Sifer)

    ◦ Sifir Kunci Simetri.--ms 32,33

    ◦ Teknik Penyulitan (Reverse, Substitution, Pigpen, Columnar Cipher).--ms34-35

4. Algoritma

    ◦ Jenis Aktiviti Search dan Sort.--ms62-63

    ◦ Algoritma Linear Search.-- ms73-76 + 101

    ◦ Algoritma Bubble Sort.--ms81-85 + 101

5. Pangkalan Data (Database)

    ◦ Definisi dan Kepentingan Pangkalan Data.--ms114-115

    ◦ Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS, contohnya Microsoft Access).--ms127

    ◦ Reka Bentuk Pangkalan Data (Entiti dan Atribut).--ms118-119

    ◦ Hubungan Kekardinalan (Contohnya, one to many 1:M).--ms124-125

    ◦ Kunci Asing (Foreign Key).--ms121

    ◦ Fungsi Utama Structured Query Language (SQL).--ms150-159

6. Pengaturcaraan Asas

    ◦ Fungsi Built-in Python.-- ms170

    ◦ Fungsi Ciptaan Pengguna (User-defined function).--ms172

    ◦ Carta Alir dan Pseudokod.-- ms176-177

    ◦ Penulisan Kod Arahan Python (Aliran Kawalan dan Penyusunan Kod).-- rujuk latih tubi 

    ◦ Penulisan Arahan SQL (Paparan, Penapisan, Penggabungan Jadual)-- rujuk latih tubi 


SELAMAT ULANGKAJI--- ALL THE BEST 

 

SEMAK ID DELIMA - 2026

 SEMAK ID DELIMA - 2026