Friday, 12 January 2018

TEMA

Idea utama atau isu paling penting yang mahu disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

PERSOALAN

Idea-idea atau isu-isu yang hendak disampaikan oleh pengarang. Isu-isu ini akan membentuk tema sesebuah cerita.

PLOT


Jalan cerita atau rentetan peristiwa yang berlaku berdasarkan sebab dan akibat.
Plot kronologi disampaikan mengikut urutan masa.
Plot tidak kronologi disampaikan tidak mengikut urutan masa.
Peringkat plot ialah:-
  • Permulaaan/pengenalan/eksposisi
  • Perkembangan
  • Klimaks
  • Peleraian
Antara teknik plot ialah:-
  • Teknik pemerian/deskriptif/huraian/bercerita
  • Imbas kembali
  • Saspens
  • Kejutan
  • Monolog
  • Monolog dalaman
  • Dialog

WATAK dan PERWATAKAN
Image result for kartun sajak
  • Watak ialah pelakon
  • Perwatakan pula ialah sifat dari segi luaran dan dalamam pelakon
  • Antara jenis watak:-
  • Protagonis atau watak utama
  • Antagonis penentang kepada watak utama (jahat)
  • Watak sampingan

LATAR

Menjelaskan masa, era, tempat, ruang, masyarakat dan budaya dalam cerita
Terbahagi kepada 3 iaitu:-
  • Latar masa
  • Latar tempat
  • Latar masyarakat
Image result for kartun kampung
GAYA BAHASA

Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan bahasa untuk menulis sesebuah cerita.
Pengarang karya kreatif lebih cenderung menggunakan bahasa yang indah, berkesan dan puitis.
Antara gaya bahasa tersebut ialah:-
  • Diksi - pemilihan atau penggunaan kata oleh pengarang
  • Metafora - unsur perbandingan yang terdiri daripada 2 patah kata ( lautan darah )
  • Personifikasi - memberikan sifat manusia kepada benda ataupun haiwan
  • Hiperbola - membandingkan sesuatu secara berlebihan ( tajam pisau membelah bulan )
  • Simile - Perbandingan yang menggunakan kata seperti, bagai, umpama, laksana, ibarat
  • Paradoks - Penyataan yang bertentanga dengan fakta ( itik mati kehausan di kolam )
  • Repitisi - Kata yang diulang dalam baris yang sama 
  • Anafora - Pengulangan kata pada awal baris
  • Epifora - Pengulangan kata terakhir dalam baris 
  • Responsif - Pengulangan kata di tengah-tengah
  • Simplok - Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama ( Sayang seribu kali sayang )
  • Imejan - Penggunaan unsur alam semula jadi ( sungai, air, bukit, tasik )
  • Alusi - Bahasa perbandingan ( Kalau kau bunga, aku jadi kumbangnya )
  • Ironi - Kata-kata yang bermaksud lain daripada yang sebenar atau kesan sebalik ( Walaupun nada suaranya lembut namun kata-katanya cukup keras )

UNSUR BUNYI

  • Asonansi - pengulangan huruf vokal dalam satu baris
  • Aliterasi - pengulangan huruf konsonan dalam satu baris
  • Rima - bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam rangkap
  • Jeda - hentian di tengah-tengah baris apabila melafazkan puisiSINTAKSIS
  • Inversi - keterbalikan ayat ( ke sungai aku pergi )
Image result for kartun sajak
NADA

ialah alunan lembut atau keras, tinggi atau rendah bunyi yang terhasil daripada pengucapan sajak
Jenis-jenis nada:-
  • Patriotik - pengucapan puisi yang bersemangat
  • Melankolik - gambaran kesedihan, hiba dalam puisi
  • Romantik - gambaran perasaan tenang, gembira, ceria dalam puisi
  • Sinis - gambaran perasaan tidak suka, tidak senang dan sindiran
  • Protes - gambaran perasaan marah, pemberontakan dan tidak puas hati dalam puisi

Monday, 27 April 2015

Quiz sistem bahasa(1)

JAWAB SEMUA SOALAN



1.Makmal computer di sekolah Hadi dilengkapi dengan empat puluh buah ____________ untuk kemudahan murid-murid.
Buku
Langsir
Komputer
Perabot
2. Amira dan Hidayah duduk di tepi kolam sambil memberi ikan makan di_____________ mini sains sekolah.
bilik
taman
padang
kelas
3. ________________ kelas Tingkatan Satu Marikh ialah puan Siti Khadijah
Guru
Ketua
Murid
Pengawas
4. Setiap pagi, Halina dan rakan-rakannya pergi ke sekolah dengan menaiki ______________ sekolah.
bus
monorel
basikal
kereta
5. Murid-murid tingkatan satu diminta untuk melengkapkan _______________ maklumat diri murid sebelum diserahkan kepada guru kelas.
nota
surat
borang
jadual
6. Cikgu Alfian mengarahkan murid-murid membersihkan_______________ mereka supaya dapat belajar dalam suasana yang selesa.
meja
kelas
kantin
makmal
7. Murid-murid terkejut apabila mendengar______________ mengaum sewaktu melawat ke Zoo Negara,Kuala Lumpur..
si tompok
si belang
si luncai
si pipit
8. Aida yang baru berpindah ke sekolah itu berasal dari negeri___________atau dikenali sebagai Bumi Kenyalang.
pulau pandan
sarawak
pontian
tioman
9. Nurul Qamarina membeli sebuah ____________di kedai koperasi sekolahnya.
kamus pelajar
majalah
buku resepi
majalah intelek
10. .___________sekolah ini sangat mendamaikan kerana dikelilingi oleh pohon hijau yang menyejukkan pandangan
Situasi
Pandangan
Persekitaran
Kelihatan


Saturday, 4 April 2015

NOTA MORAL form 5

MORAL -quiz 1

JAWAB SEMUA SOALAN


1. Apakah yang di maksudkan hemah tinggi
Budi pekerti mulia
Berpura dalam pergaulan
Pertuturan yg meyakitkan hati
Angkuh dan suka menunjuk
2. Apa itu maksud amanah
Sikap berani dan bertanggunjawab tentang sesuatu perkara
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan
Sikap positif dan tidak sambil lewa
Sikap suka mengambil tahu hal yg tiada kepentingan
3. Ciri ciri org Amanah ialah
Jujur dan Ikhlas
Sabar dan Penyayang
Sabar dan Tenang
Berjiwa Mulia
4. Antara berikut yang manakah BUKAN sikap individu yang amanah
Sanggup mengakui kelemahan diri sendiri
Bertanggunjawab terhadap masalah yg timbul
Mempunyai integriti diri
Menimbulkan kecurigaan orang lain ketika menjalankan tugas
5. Mengapa sikap Amanah perlu di praktikkan dalam kehidupan seharian
Untuk mempengaruhi kehidupanorang lain
Untuk menimbulkan kepercayaan orang lain pada kita
Untuk mewujudkan perasaan muhibah
Untuk menimbulkan perasaan curiga dalam kalangan masyarakat
6. Berikut merupakan tanggungjawab seorang anak terhadap keluargannya kecuali
ikut nasihat ibu bapa
mencari nafkah untuk keluarga
menjadi teladan kepada keluarga
menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua
7. Antara berikut, menggambarkan nilai kerajinan kecuali.
menyiapkan tugasan yang diberi
merancangkan dahulu sebelum memulakan sesuatu
suka menangguhkan sesuatu kerjayang di berikan
memberi tumpuan penuh terhadap tugas yang dilakukan
8. Apakah tindakan anda sekiranya melihat rakan anda membuang sampah di merata- rata
memukul rakan
menegur perbuatan rakan
membiarkan perlakuan rakan
menggalakkan perbuatan rakan
9. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN ialah.
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas s
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
10. TOLERANSI bermaksud_
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain


BM KUIZ 1 (SIMPULAN BAHASA)

JAWAB SEMUA SOALAN
Petunjuk: Jumlah poin untuk lanjut ke sesi berikut adalah 7 poin

1. Kejayaan Mohan dalam acara lumba lari di Sukan Olimpik telah menjadi _________________ peminat sukan di negara ini
Buah Mulut
Buah Fikiran
Buah hati
Buah tangan
2. Rozita ______________ untuk memberitahu masalah yang dihadapi
berat sebelah
berat hati
berat tangan
berat tulang
3. Suganti seorang murid yang ____________. Oleh itu, tidak hairanlah dia memperolehi 7A dalam peperiksaan UPSR
tajam akal
otak udang B
akal kancil
hati batu
4. Guru-guru_____________ketika pensyarah menyampaikan taklimat
mulut tempayan
telinga lintah
pasang telinga
telinga nipis
5. Kami semua_____________ melihat tingkah lakunya yang keterlaluan
naik angin
jatuh hati
besar hati
beri muka
6. Jiran Mat Chong hanya mendengar pertengkaran mereka sekeluarga tetapi tidak mahu__________
lepas tangan
campur tangan
harga diri
panjang tangan
7. Orang itu menyuruh Osman____________ supaya rahsia mereka tidak terbongkar.
tutup jalan
tutup mata
tutup telinga
tutup mulut
8. Lelaki yang dicari polis itu mempunyai_____________ di dagu.
tahi candu
tahi lalat
tahi judi
tahi minyak
9. En.Chan menyuruh Herman membaca surat khabar baginya kerana dia__________.
buta mata
buta hati
buta huruf
buta tuli
10. Lagak budak itu seperti orang yang pandai bermain bola, tetapi sebenarnya dia adalah___________
kaki bangku
kaki botol
kaki lawan
kaki lima


CODING KIRA LUAS

 # Procedure def menu():     print("\n***** ATUR CARA BAGI MENGIRA")     print("LUAS *****")     print("1.Kira luas...