Ujian saringan bagi penetapan kelas DLP dan pemilihan MP Asas Sains Komputer akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 14 Mac 2023
Hari : Selasa
Tempat : Makmal ICT SMK Kulim
Ujian saringan bagi penetapan kelas DLP dan pemilihan MP Asas Sains Komputer akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 14 Mac 2023
Hari : Selasa
Tempat : Makmal ICT SMK Kulim
LATIHAN 3.1.3 KOD SEGMEN FUNGSI INPUT DAN OUTPUT(i)
APAKAH PERNORMALAN?
Ini adalah proses mengurangkan pertindihan/pengulangan data dalam jadual dan meningkatkan integriti data serta menghapuskan anomali.
Tanpa Pernormalan, kita mungkin menghadapi banyak masalah seperti:
Anomali sisipan:
Berlaku apabila kita tidak dapat memasukkan data ke jadual tanpa adanya atribut lain
Kemas kini anomali:
Data menjadi tidak konsisten disebabkan oleh pertindihan data dan kemas kini menjadi tidak menyeluruh. (Kita mungkin mengemaskini sebahagian data sahaja, tetapi data yang sama di lokasi yang lain tidak dikemaskini.)
* Data yang sama, mungkin ada dalam beberapa baris. Sebagai contoh jika nombor pejabat berubah, maka banyak kemas kini yang perlu dibuat. Sekiranya kita tidak mengemas kini semua baris, maka data menjadi tidak konsisten.
Penghapusan Anomali:
Ia berlaku apabila atribut tertentu terhapus/ terpadam/ hilang kerana kita penghapusan atribut lain.
Secara ringkas, pernormalan adalah proses menyusunatur data dalam pangkalan data.
Biasanya memecahkan jadual besar menjadi jadual-jadual yang lebih kecil, adalah lebih efisien.
Pada tahun 1970 Bentuk Normal Pertama ditakrifkan oleh Edgar F Codd dan akhirnya, Bentuk Normal lain ditakrifkan.
*************************************************************************
Pernormalan adalah pendekatan untuk reka bentuk pangkalan data yang digunakan dalam pangkalan data hubungan untuk meminimumkan pertindihan/pengulangan data (data redundancy).
Bentuk normal pertama (1NF)
Jadual dalam pangkalan data hubungan adalah mematuhi bentuk normal pertama (1NF) apabila memenuhi kriteria berikut:
Dengan kata mudah, satu sel tidak boleh menyimpan banyak nilai.
Bentuk normal kedua (2NF)
Jadual yang sesuai dengan bentuk normal kedua mesti memenuhi semua syarat bentuk normal pertama selain yang berikut:
Bentuk normal ketiga (3NF)
Sekiranya jadual hendak ditukar ke bentuk normal ketiga, semua prasyarat normal pertama dan kedua mesti dipenuhi serta yang berikut:
Pergantungan transitif berlaku apabila atribut bukan kunci bergantung pada atribut bukan kunci yang lain.
Mari kita ringkaskan…
1NF - Maklumat disimpan dalam jadual hubungan dengan setiap lajur mengandungi nilai atomik. Tidak ada kumpulan lajur yang berulang.
2NF - Jadual dalam bentuk normal pertama dan semua lajur bergantung pada kunci primer jadual.
3NF - jadual dalam bentuk normal kedua dan tidak ada atribut bukan kunci yang bergantung pada atribut bukan kunci lain
SEMAK ID DELIMA - 2026