KOMPONEN KOMPUTER
Motherboard
- Motherboard ialah papan utama untuk dipasang kesemua komponen yang lainnya. Ia ialah papan litar yang menghubungkan kesemua komponen untuk menjadi satu komputer yang lengkap.
- Setiap motherboard mempunyai spesifikasi bergantung kepada processor dan jumla RAM yang boleh didukung oleh motherboard itu.
Processor
- Processor boleh diibaratkan sebagai otak manusia yang mengatur dan melaksanakan sebarang kiraan di dalam computer.
- Setiap processor ada spesifikasi tersendiri, bergantung kepada keperluan pengguna dan prestasi yang mampu dicapai oleh processor tersebut.
RAM
- RAM adalah singkatan dari Random Access Memory, iaitu sebuah komponen komputer yang berfungsi untuk menyimpan data sementara dari suatu program yang sedang kita jalankan dan data-data tersebut boleh diakses secara spontan.
- Sebelum membeli sebuah RAM pengguna harus tahu terlebih dahulu slot RAM apa yang dimiliki oleh motherboard tersebut, sama ada SDRAM, DDR, DDR2, atau DDR3.
Video Card
- Juga dikenali sebagai GPU (Graphical Processing Unit pada laptop) ialah alat untuk menghasilkan output gambar apa yang telah diproses ke skrin monitor.
- Setiap video card ada jenisnya yang tersendiri mengikut spesifikasi motherboard yang tersedia ada.
Sound Card
- Sound card merupakan sebuah komponen yang menghasilkan output dalam bentuk bunyi dan suara ke speaker computer.
- Sound card biasanya dihasilkan secara onboard beserta dengan motherboard. Namun begitu, pengguna boleh memilih untuk menaik taraf sound card bergantung kepada system bunyi 5.1 dan 7.1.
Hard Disk Drive (HDD)
- Hard disk merupakan peranti simpanan data di dalam komputer kita. Semakin banyak kapasiti yang boleh disimpoan maka semakin banyak data yang boleh disimpan.
- HDD juga terdapat dalam pelbagai saiz simpanan dan jenis kabel yang ada pada motherboard seperti IDE,SCSI, SATA dan sebagainya.
Optical Disc Drive
- Merupakan peranti khas untuk membaca CD, DVD dan format cakera padat yang lain.
- Kini terdapat juga dalam format Blu-Ray.
- Optical Disk Drive juga terdapat dalam pelbagai saiz simpanan dan jenis kabel yang ada pada motherboard seperti IDE, SATA dan sebagainya.
Monitor
- Monitor ialah komponen yang berfungsi memancarkan imej yang diproses dari CPU melalui Video Card.
- Kini terdapat dalam bentuk LCD monitor yang lebih praktikal.
Keyboard dan Mouse
- Ini ialah komponen input utama yang menghubungkan antara pengguna dan komputernya.
- Kini terdapat di dalam bentuk tanpa wayar (wireless) dan lebih senang diguna.
Power Supply
- Power supply ialah komponen utama yang menghidupkan motherboard dan komponen lainnya.
- Tanpa komponen ini komputer tidak akan dapat dihidupkan walau dengan apa cara sekalipun.
- Terdapat dalam model pelbagai kuasa yang bersesuaian dengan spesifikasi motherboard.
.
Casing
- Casing ialah tempat di mana kesemua komponen itu dipasang dan dilengkapkan.
- Untuk memilih casing yang terbaik, ia mestilah tahan lasak, mempunyai system pengudaraan yang baik dan juga ringan dari yang lain.
No comments:
Post a Comment