KARANGAN TIDAK RASMI
CONTOH 1Kamu telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun.
Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang kejayaan kamu itu.
Jawapan:
No. ,Jalan Seroja,
Taman Seri Jelita,
68100 Gombak,
Selangor
20 Mei 20011
Menemui sahabatku Abdul Salam yang berada di Hutan Melintang, Perak, semoga sihat hendaknya. Saya dan keluarga di sini sihat sejahtera. Saya harap saudara pun dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria bersama-sama keluarga.
Saudara,
Tujuan saya mengirimkan warkah ini adalah untuk memberitahu saudara bahawa saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. saya juga telah mendapat tempat pertama dengan purata markah 88 peratus dan juga 5A bagi matapelajaran UPSR.
Sesungguhnya, saya berasa begitu bersyukur dengan kejayaan ini. Masih terlalu awal kejayaan yang saya kecapi ini dijadikan pengukur untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR nanti. Namun, ia menjadi motivasi untuk lebih cemerlang dalam pada pepriksaan akan datang.
Kesempatan yang ada ini ingin sekali saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada saudara kerana telah banyak memberikan perangsang dan dorongan kepada saya. Sebenarnya, sikap gigih dan kecemerlangan yang dicapai oleh saudara telah menjadi penyuntik kepada kejayaan saya.
Harapan saya semoga kita berdua akan sama-sama berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan UPSR pada bulan September nanti.
Sekian sahaja coretan saya untuk warkah kali ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran,
sambutlah salam mesra daripada saya.
Yang Benar,
Muhammad Rizal
CONTOH 2
Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk menceritakan pengalaman anda sekeluarga bercuti di kampung.Gan Lin
4898, Taman Regent,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan.
18 OKTOBER 2010
Menemui sahabatku, Lili yang kini berada di Kanada dengan selamatnya.
Saudari,
Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dan sekeluarga bercuti di kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.
Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan adik membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya.
Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami. Oh, ya, adakah saudari pernah pergi ke rumah nenek saudari?
Sampai di sini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.
Sahabatmu,
Gan Lin
Kalau menceritakan sebab-sebab rakan anda berminat berkerja menjadi seorang guru
ReplyDelete