TAJUK:KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT
Alat telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon merupakan
salah satu alat yang telah diciptakan oleh Alexander Graham Bell. Dalam era
yang serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi, telefon bimbit
merupakan salah satu kepentingan yang harus dimiliki oleh lapisan masyarakat.
Penggunaan telefon bimbit ini turut mendatangkan implikasi yang pelbagai kepada
setiap pengguna. Seperti yang kita ketahui, telefon pintar dianggap sebagai
satu trend gaya hidup terutamanya bagi para remaja, tidak kira sama ada dari
golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa telefon pintar
telah mempengaruhi cara masyarakat dalam mengendalikan urusan seharian mereka.
Penggunaan
telefon bimbit dalam seharian sudah semestinya ianya banyak mendatangkan kesan
yang baik kepada pengguna namun ianya turut memberikan kesan yang agak tidak
baik kepada pengguna sekiranya ianya tidak digunakan dengan cara betul. Antara
kebaikan menggunakan telefon pintar ialah ianya dapat dijadikan sebagai alat
perhubungan. Sebagai contoh, telefon pintar dapat memudahkan seseorang untuk
berhubung dengan keluarga mahupun dengan yang lain dan sekali gus ianya dapat
mengeratkan dan dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli
keluarga. Selain itu, telefon pintar juga dapat membantu kita dalam mempelajari
dan mengetahui sesuatu hal yang berkaitan pelajaran dan macam-macam lagi.
Disamping
itu, telefon pintar turut dapat digunakan sebagai alat untuk melayari internet.
Seperti yang diketahui, penggunaan internet pada masa kini amat penting kepada
para pelajar dalam membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah. Justeru itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar dapat
memudahkan lagi golongan remaja untuk melayari internet di mana-mana sahaja dan
pada bila-bila masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan oleh seseorang
individu dapat di diperolehi dengan cepat dan mudah. Penggunaan telefon bimbit
turut dapat membantu seseorang mendapatkan informasi terkini. Selain itu,
telefon bimbit membolehkan muat turun (download) secara langsung dan tidak
mengambil masa yang panjang.
Walaupun,
telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada pengguna, namun keburukannya
tetap wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Apabila berlakunya
penyalahgunaan dalam telefon bimbit ia dapat mengganggu pelajaran malah akan ia
memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan
berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan
atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Penggunaan telefon
bimbit yang keterlaluan akan menyebabkan berlakunya pembaziran wang. Dimana
kadar setiap panggilan menggunakan telefon bimbit adalah tinggi. Perbualan yang
tidak penting membolehkan pengguna membazir wang. Selain itu, aplikasi hiburan
yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini turut mendatangkan impak yang negatif
sekiranya golongan remaja terlalu taksub dengan perkara tersebut. Hal ini boleh
dilihat apabila ramai di antara kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran
dan kurang mengulangkaji pelajaran kerana terlalu leka dengan alat teknologi
ini.
Oleh itu,
masyarakat perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit dengan cara yang betul.
Ibu bapa juga perlu menyelamatkan anak-anak muda daripada ketagih kepada
telefon bimbit agar mereka tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai seorang pelajar. Disamping itu, ibu bapa perlu sedar akan hak mereka
dalam mengawal penggunaan telefon bimbit kepada anak-anak mereka. Jika tidak,
pelbagai masalah yang tidak diingini akan wujud. Masyarakat sepatutnya
menggunakan telefon pintar dengan sebaiknya dan bukanlah sebaliknya.
PENDAHULUAN
AYAT TOPIK
| |
AYAT HURAIAN
| |
AYAT CONTOH
| |
AYAT RUMUS
|
ISI 1
AYAT TOPIK
| |
AYAT HURAIAN
| |
AYAT CONTOH
| |
AYAT RUMUS
|
ISI 2
AYAT TOPIK
| |
AYAT HURAIAN
| |
AYAT CONTOH
| |
AYAT RUMUS
|
ISI 3
AYAT TOPIK
| |
AYAT HURAIAN
| |
AYAT CONTOH
| |
AYAT RUMUS
|
ISI 4
AYAT TOPIK
| |
AYAT HURAIAN
| |
AYAT CONTOH
| |
AYAT RUMUS
|
PENUTUP
AYAT TOPIK
| |
AYAT HURAIAN
| |
AYAT CONTOH
| |
AYAT RUMUS
|
SELAMAT MENJAWAB… PRINT UNTUK DI TAMPAL DALAM BUKU PENULISAN
No comments:
Post a Comment