Saturday, 4 April 2015

BM KUIZ 1 (SIMPULAN BAHASA)

JAWAB SEMUA SOALAN
Petunjuk: Jumlah poin untuk lanjut ke sesi berikut adalah 7 poin

1. Kejayaan Mohan dalam acara lumba lari di Sukan Olimpik telah menjadi _________________ peminat sukan di negara ini
Buah Mulut
Buah Fikiran
Buah hati
Buah tangan
2. Rozita ______________ untuk memberitahu masalah yang dihadapi
berat sebelah
berat hati
berat tangan
berat tulang
3. Suganti seorang murid yang ____________. Oleh itu, tidak hairanlah dia memperolehi 7A dalam peperiksaan UPSR
tajam akal
otak udang B
akal kancil
hati batu
4. Guru-guru_____________ketika pensyarah menyampaikan taklimat
mulut tempayan
telinga lintah
pasang telinga
telinga nipis
5. Kami semua_____________ melihat tingkah lakunya yang keterlaluan
naik angin
jatuh hati
besar hati
beri muka
6. Jiran Mat Chong hanya mendengar pertengkaran mereka sekeluarga tetapi tidak mahu__________
lepas tangan
campur tangan
harga diri
panjang tangan
7. Orang itu menyuruh Osman____________ supaya rahsia mereka tidak terbongkar.
tutup jalan
tutup mata
tutup telinga
tutup mulut
8. Lelaki yang dicari polis itu mempunyai_____________ di dagu.
tahi candu
tahi lalat
tahi judi
tahi minyak
9. En.Chan menyuruh Herman membaca surat khabar baginya kerana dia__________.
buta mata
buta hati
buta huruf
buta tuli
10. Lagak budak itu seperti orang yang pandai bermain bola, tetapi sebenarnya dia adalah___________
kaki bangku
kaki botol
kaki lawan
kaki lima


1 comment:

KAJIAN IMPAK PELAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016-2025

PERKARA : KAJIAN IMPAK PELAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016-2025 Tarikh pelaksanaan : 20 April 2025 (Ahad) Murid yang terlibat : K...