Monday 31 December 2018

NOTA ICTL

Self Access Learning Module

Word Processing (MS Word 2003)
Presentation (MS Power Point 2003)
Database (MS Access 2003)
Datasheet (MS Excel 2003)
Programming (MS Visual Basic 2005)
Programming (Just Basic)

Learning Module

Computer Evolution
Introduction to Computer Software
Introduction to Operating System
Computer System
File Management
System Unit
OS Based Utility
Peripherals
Input Output Storage Devices
Utility Software
Compress & Decompress
Handling Devices
Computer Settings

Nota ICTL 

Form 1: 
Learning Area Scopes Content
Computer Lab Rules and Regulations
Types of Computers
Computer System
Data Processing Cycle
Overview of the System
Software
Operating Software

Form 2:
Learning Area Scopes of Content
Multimedia
Networks
Topology networks
Internet Communications
Netiquette
Cyber Law
Computer Ethics
Introduction to Database 

In Malay:
Tingkatan 1
Asas Komputer

Kerjaya dalam bidang perkomputeran


Kerjaya dalam bidang perkomputeran
Kerjaya perkomputeran dalam bidang perkhidmatan awam (Perlukan kelulusan dalam bidang IT)

1. Pegawai sistem maklumat F41,F44,F48,F52 - perlu ijazah dalam Sains Komputer / Teknologi Maklumat)
2. Penolong pegawai sistem maklumat F29,F32 - Perlu Diploma dalam Sains komputer / Teknologi Maklumat )
3. Juruteknik komputer FT17 - perlu SPM dan sijil kemahiran IT daripada kolej-kolej kemahiran (sijil MLVK)
4. Pensyarah IT di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Kolej-kolej kemahiran awam - perlu ijazah dalam bidang IT
5. Guru IT - perlu ijazah dalam bidang IT

Kerjaya IT dalam bidang swasta ( Perlukan kelulusan dalam bidang IT )

1. Pengaturcara komputer
2. Juru analisis sistem
3. Pembangun laman web
4. Pentadbir rangkaian komputer
5. Juruteknik komputer
6. Pensyarah IT di IPTS / kolej swasta
7. Artis animasi
8. Jurutera perisian
dan lain-lain lagi..

Mereka yang berminat bekerja sendiri juga boleh menjadikan IT sebagai satu kerjaya mereka seperti

1. Menjadi usahawan IT - buka kedai jual peralatan komputer, buka cybercafe
2. Jadi consultant IT - contohnya sebagai penceramah kursus-kursus IT
3. Buka pusat pembelajaran atau latihan komputer

Bekerja sendiri dalam bidang IT tidak memerlukan kelulusan akademik dalam bidang IT pun boleh. Namun perlu ada ilmu dalam bidang ini. Ilmu boleh didapati dengan meneroka sendiri melalui membaca buku IT atau mencari maklumat menggunakan medium internet.

Sumber:-
http://panitiaict-semekar.blogspot.com/2012/02/kerjaya-dalam-bidang-perkomputeran.html

Pengenalan Kepada Komputer

Komputer adalah satu mesin eletronik:
► berfungsi berasaskan arahan yang disimpan dalam unit memori
► boleh menerima dan manipulasi data mengikut peraturan tertentu
► boleh menghasilkan output dan menyimpan output untuk kegunaan akan datang
Sejarah Perkembangan Komputer
Komputer merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer telah berkembang dari satu peralatan mekanikal berubah kepada menggunakan tiub vakum kepada litar elektornik dalam masa yang singkat.
Terdapat 5 generasi komputer dan setiap generasi mempunyai ciri tersendiri. 5 Generasi Komputer tersebut adalah seperti berikut:
    • Generasi Pertama : Tiub Vakum
    • Generasi Kedua : Translator dan Diod
    • Generasi Ketiga : Litar Bersepadu
    • Generasi Keempat : Mikro Pemproses
    • Generasi Kelima : Kepintaran Buatan
1. Generasi Pertama ( 1951-1958 )
i)  Ciri – ciri
• Komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk
memproses dan menyimpan maklumat
• Menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga menyebabkan
gangguan pada kawasan sekeliling
• 100% elektronik, saiznya amat besar dan boleh dikelaskan
sebagai kerangka utama
ii) Fungsi
• Membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan
trajektori
iii) Contoh Komputer
a) ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator)
• Dicipta oleh : Dr John Mauchly
Presper Eckert
• Tahun : 1946
b) EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer)
• Dicipta oleh: Dr John Mauchly
Presper Eckert
• Tujuan : – Mengurangkan penggunaan tiub vakum
– Menjadikan kerja pengiraan lebih cekap
•Menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara
tersimpan
2. Generasi Kedua ( 1959-1961)
i) Ciri-ciri
  • Komputer generasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub vakum
  • Saiz komputer lebih kecil dan murah
  • Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan bertambah
  • Cara baru menyimpan ingatan diperkenalkan menggunakan teras magnetik.. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik
  • Kemunculan Fortran dan Cobol menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa yang lebih sukar
  • Pengendalian kompuer menjadi lebih mudah
  • Harga lebih murah daripada kerangka utama
 ii) Contoh Komputer
Menandakan permulaan era minikomputer iaitu yang kedua terbesar
dalam keluarga komputer:
a)    Komputer DEC PDP-8
- Dicipta : Tahun 1964
-  Fungsi : Memproses data-data perniagaan
b)   IBM 7090
c)    IBM 7094
3. Generasi Ketiga ( 1965-1970 )
     i) Ciri-ciri
  • Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya lebih popular dan digunakan dalam kebanyakan alat elektronik di samping harganya yang jauh lebih murah berbanding komponen elektronik yang lain
  • Banyak bahasa pengaturcaraan yang timbul seperti:
- BASIC
- Pascal
-  PL/1
  • Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan
  • Bahasa BASIC bahasa paling popular digunakan
 ii) Contoh Komputer
Komputer pada zaman ini dikenali sebagai mikrokomputer. Antara contoh
Komputer pada zaman ini adalah seperti berikut:
  • IBM S360
  • UNIVAC 1108
  • UNIVAC 9000
  • Burroughts 5700,6700,7700
  • NCR Century
  • GE 600
4. Generasi Keempat ( ( 1971- Sekarang )
i) Ciri-ciri
• Cip masih digunakan untuk memproses dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor di dalamnya
• Penemuan baru di dalam penciptaan:
– Cip silikon
– Mikropemproses
– Peranti storan pemprosesan yang dapat dilakukan dengan lebih pantass sehingga berjuta bit sesaat
• Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar
• Boleh membentuk rangkaian komputer dan membawa kepada pembangunan internet
• Melibatkan pembangunan GUIs, Tetikus dan peranti pegang tangan
Secara umumnya antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini
ialah:
• Saiz lebih kecil
• Penggunaan tenaga elektrik yang minimum
• Boleh digunakan bersama beberapa bahasa pengaturcaraan
• Keupayaan storan meningkat 1 juta hingga 50 juta aksara
• Pengiraan dilaksanakan dalam “ Picoseconds”
• Saiz komputer 100 kali lebih kecil dari saiz komputer generasi pertama
• Satu cip lebih berkuasa dari ENIAC
ii) Contoh komputer
 IBM 370
• Apple II
• IBM PC/XT
• IBM PC/386
• IBM PC/486
• IBM Pentium II
5. Generasi Kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud dan ia merupakan komputer impian masa depan.
i) Ciri-ciri
  • Mempunyai ingatan yang amat besar supayaa membolehkannya menyelesaikan banyak masalah yang kompleks
  • Lebih canggih
  • Lebih murah
  • Mampu melihat,mendengar,berbicara dan berfikir serta membuat kesimpulan seperti manusia
  • Dijangka mempunyai kepandaian sendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui penglihataan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas dari kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai “ Artificial Intelligence “

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER--ICTL

1.        PENGGUNA TIDAK BOLEH MASUK KE DALAM MAKMAL KOMPUTER TANPA IZIN ATAU SEMASA KETIADAAN GURU.

2.                  KEMASKAN MAKMAL KOMPUTER SEBELUM KELUAR. SUSUN ATUR SEMULA KERUSI SUPAYA KEMAS.

3.                  LAPORKAN SEBARANG KEROSAKAN DENGAN SEGERA KEPADA GURU YANG BERTUGAS.

4.                  PENGGUNA DILARANG MEMBAWA MASUK BEG, MAKANAN DAN MINUMAN KE DALAM MAKMAL KOMPUTER.

5.                  PENGGUNA DIKEHENDAKI SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN MAKMAL KOMPUTER.

6.                  SEMUA PENGGUNA DIKEHENDAKI MENGIKUTI JADUAL WAKTU PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER.

7.                  SEMUA PENGGUNA DIKEHENDAKI MENCATAT PADA BUKU REKOD PENGGUNAAN KOMPUTER.

8.                  SEMUA GURU DIKEHENDAKI MEMBUAT CATATAN DI DALAM BUKU REKOD PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER SETIAP KALI MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUTER.

9.                  PENGGUNA DILARANG MELAYARI INTERNET PADA ALAMAT-ALAMAT YANG TIDAK SENONOH (LUCAH).

10.              PENGGUNA DILARANG MEMBUAT BISING, BERLARI-LARI, BERGURAU SENDA, BERTENGKAR DAN BERGADUH DALAM MAKMAL KOMPUTER.

11.              PENGGUNA KOMPUTER DILARANG MENGUSIK SEBARANG SAMBUNGAN WAYAR PADA KOMPUTER.

12.              PENGGUNA DILARANG MEMBAWA MASUK SEBARANG CAKERA PERISIAN LUAR KE DALAM MAKMAL KECUALI DENGAN IZIN GURU YANG BERTUGAS.

13.              PENGGUNA DILARANG MEMBAWA KELUAR SEBARANG PERKAKASAN ATAU PERISIAN DARI MAKMAL KECUALI DENGAN IZIN GURU YANG BERTUGAS.

14.              JIKA TERDAPAT SEBARANG BUNYI YANG GANJIL ATAU TERBAU SESUATU YANG TERBAKAR ATAU SEBARANG KEADAAN YANG DISYAKI TIDAK NORMAL, SILA LAPORKAN DENGAN SEGERA KEPADA GURU YANG BERTUGAS.

SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER

  KOLEKSI SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER