Thursday 10 November 2022

PERNORMALAN-SK TING 4

 APAKAH PERNORMALAN?

Ini adalah proses mengurangkan pertindihan/pengulangan data dalam jadual dan meningkatkan integriti data serta menghapuskan anomali.

 

Tanpa Pernormalan, kita mungkin menghadapi banyak masalah seperti: 

  • ·         Meningkatkan penyimpanan data (membazir ruang simpanan komputer)
  • ·         Masalah anomali sisipan, anomali kemaskini dan anomali hapusan.


Anomali sisipan:

Berlaku apabila kita tidak dapat memasukkan data ke jadual tanpa adanya atribut lain

 

Kemas kini anomali:

Data menjadi tidak konsisten disebabkan oleh pertindihan data dan kemas kini menjadi tidak menyeluruh. (Kita mungkin mengemaskini sebahagian data sahaja, tetapi data yang sama di lokasi yang lain tidak dikemaskini.)

* Data yang sama, mungkin ada dalam beberapa baris. 
Sebagai contoh jika nombor pejabat berubah, maka banyak kemas kini yang perlu dibuat. 
Sekiranya kita tidak mengemas kini semua baris, maka data menjadi tidak konsisten.

 

Penghapusan Anomali:

Ia berlaku apabila atribut tertentu terhapus/ terpadam/ hilang kerana kita penghapusan atribut lain.

 

Secara ringkas, pernormalan adalah proses menyusunatur data dalam pangkalan data.

Biasanya memecahkan jadual besar menjadi jadual-jadual yang lebih kecil, adalah lebih efisien.

Pada tahun 1970 Bentuk Normal Pertama ditakrifkan oleh Edgar F Codd dan akhirnya, Bentuk Normal lain ditakrifkan.

 

*************************************************************************


Pernormalan adalah pendekatan untuk reka bentuk pangkalan data yang digunakan dalam pangkalan data hubungan untuk meminimumkan pertindihan/pengulangan data (data redundancy).

 

Bentuk normal pertama (1NF)

Jadual dalam pangkalan data hubungan adalah mematuhi bentuk normal pertama (1NF) apabila memenuhi kriteria berikut:

 

  • ·         Semua data adalah atomik
  • ·         Semua lajur jadual mengandungi nilai

 

Dengan kata mudah, satu sel tidak boleh menyimpan banyak nilai.


Bentuk normal kedua (2NF)

Jadual yang sesuai dengan bentuk normal kedua mesti memenuhi semua syarat bentuk normal pertama selain yang berikut:

 

  • ·         Setiap atribut bukan kunci mesti bergantung fungsi sepenuhnya pada kunci primer. (Each non-key attribute must be fully functional, dependent on the primary key)

 

Bentuk normal ketiga (3NF)

Sekiranya jadual hendak ditukar ke bentuk normal ketiga, semua prasyarat normal pertama dan kedua mesti dipenuhi serta yang berikut:

 

  • ·         Tidak ada atribut bukan kunci yang bergantung pada atribut bukan kunci lain

Pergantungan transitif berlaku apabila atribut bukan kunci bergantung pada atribut bukan kunci yang lain.

 

Mari kita ringkaskan…

1NF - Maklumat disimpan dalam jadual hubungan dengan setiap lajur mengandungi nilai atomik. Tidak ada kumpulan lajur yang berulang.

2NF - Jadual dalam bentuk normal pertama dan semua lajur bergantung pada kunci primer jadual.

3NF - jadual dalam bentuk normal kedua dan tidak ada atribut bukan kunci yang bergantung pada atribut bukan kunci lain


Sunday 16 October 2022

MINGGU STEAM- PERTANDINGAN HOUR OF CODE

 SILA TEKAN LINK DI BAWAH:

LINK


https://studio.code.org/s/hero/lessons/1/levels/1

https://code.org/minecraft

https://studio.code.org/s/frozen/lessons/1/levels/12

https://studio.code.org/s/frozen/lessons/1/levels/12


minecraft hour of code

CODING FROZEN ANNA & ELSA

1)STAR WARS

https://studio.code.org/s/starwarsblocks/lessons/1/levels/1


2) FROZEN ANA & ELSA

https://studio.code.org/s/frozen/lessons/1/levels/1


3) Classic MAze


4)Disney Infinity Play Lab

Tuesday 11 October 2022

LATIHAN 2.1.2 MENGESAN DAN MEMBAIKI RALAT DARIPADA PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR

 ASK

LATIHAN 2.1.2  MENGESAN DAN MEMBAIKI RALAT  DARIPADA PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR








SESIAPA YANG BERUSAHA PASTI BERJAYA
CIKGU SHELLA





LATIHAN 2.1.1: MENULIS PSEUDOKOD DAN MELUKIS CARTA ALIR

 TINGKATAN 2---> ASAS SAINS KOMPUTER


LATIHAN 2.1.1: MENULIS PSEUDOKOD DAN MELUKIS CARTA ALIR
(i) Struktur Ulangan Kawalan for, while... dalam penyelesaian masalah
 








BEST OF LUCK










Monday 22 August 2022

PJPK-KOLEKSI SOALAN

 SOALAN PEPERIKSAAN PAJSK TINGKATAN 1

SOALAN 2 PJPK- TINGKATAN 1

KUIZ 1

KUIZ 2

KUIZ 3

KUIZ 4

KUIZ 5

PJPK-TINGKATAN 1

 ULANGKAJI PEPERIKSAAN 

Objektif Pendidikan Jasmani

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Meneroka konsep dan prinsip dalam Pendidikan Jasmani menerusi pendekatan inkuiri;
2. Mengaplikasi pengetahuan semasa melakukan aktiviti fizikal;
3. Menggunakan istilah Pendidikan Jasmani untuk berkomunikasi secara berkesan;
4. Melakukan kemahiran secara berkesan dalam pelbagai konteks;
5. Mempamerkan dan mengaplikasi pelbagai kemahiran dan teknik dengan berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal;
6. Mempamerkan dan mengaplikasi pelbagai prinsip, strategi, dan konsep pergerakan semasa melakukan aktiviti fizikal;
7. Bekerjasama dan berkomunikasi dengan berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal;
8. Membina hubungan yang positif dan menunjukkan tanggungjawab sosial semasa melakukan aktiviti fizikal;
9. Mempamerkan pengalaman pembelajaran Pendidikan Jasmani semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
10. Mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

 

Contoh Soalan UPT Pendidikan Jasmani Tingkatan 1

30. Apakah faedah memiliki kelajuan yang baik ialah
A. Meningkatkan kuasa di bahagian kaki
B. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
C. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
D. Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah

31. Antara berikut, yang manakah dapat membina kelenturan?
A. Tekan tubi
B. Lari pecut 60 meter
C. Berlari dan berjalan pantas
D. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang

32. Terdapat 4 prinsip latihan yang perlu diambil kira apabila hendak mencapai tahap kecergasan yang baik iaitu
A. tambah beban, kekerapan, tempoh masa dan koordinasi
B. ansur maju, tambah beban, kekerapan dan tempoh masa
C. tambah beban, kekerapan, tempoh masa dan kelenturan
D. ansur maju, tambah beban, kekerapan dan kompisisi tubuh badan. U1

33. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip ansur maju ?
A. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan.
B. Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun.
C. Penambahan beban beransur-ansur dan menambah jarak sedidkit demi sedikit dan jangka masa tertentu.
D. Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dan aktiviti mudah kepada sukar U1

34. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip tambah beban?
A. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan.
B. Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun.
C. Penambahan beban beransur-ansur dan menambah jarak sedikit demi sedikit dalam jangka masa tertentu
D. Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar.

35. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip kekerapan?
A. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan
B. Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun
C. Penambahan beban secara beransur-ansur dan menambah jarak sedikit demi sedikit dan jangka masa tertentu
D. Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar

36. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip tempoh masa?
A. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan
B. Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun
C. Penambahan beban secara beransur-ansur dan menambah jarak sedidkit demi sedikit dan jangka masa tertentu
D. Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dri aktiviti mudah kepada sukar

37. Mengapakan prinsip latihan perlu dipatuhi semasa melakukan latihan kecergasan fizikal?
A. Mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan
B. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
C. Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.
D. Memastikan atlet mendapt kesan latihan yang baik dan menggelakkan kecederaan otot
42. Langkah-langkah keselamatan yang boleh dilakukan semasa melakukan sesuatu aktiviti ialah
I. pakaian dan kasut yang sesuai
II. mengabaikan arahan dan peraturan
III. memanas dan menyejukkan badan
IV. mengikut kemampuan dan tahap kecergasan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

43. Apakah faedah mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik ialah
I. mengurang risiko penyakit jantung
II. mengurangkan dan mengawal berat badan
III. meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah.
IV. mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan semasa melakukan aktiviti.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

44. Faedah memiliki kelenturan yang baik ialah
I. menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
II. meningkatkan kualiti daya tahan, kekeuatan dan ketangkasan
III. menambah keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah
IV. mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

45. Antara faedah mempunyai kuasa yang baik ialah
I. otot menjadi hipertropi
II. meningkatkan kekuatan otot
III. meningkatkan daya tahan otot
IV. mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER

  KOLEKSI SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER