Friday 12 January 2018

TING 1 : SAJAK Kita Umpama Sehelai Daun

Kita Umpama Sehelai  Daun

Image result for daun gugur

(Smahadzir)

MAKSUD SAJAK

Rangkap

Maksud

1

Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi  kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.

2

Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

3

Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

4

Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.


TEMA

Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.

PERSOALAN

Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.
Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan  menyebabkan hubungan dengan masyarakat akan menjadi renggang.
Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.
BENTUK

Bebas
Terdapat empat rangkap
Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 5 baris.  Rima akhir ababc

·         Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd

·         Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd

·         Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb

GAYA BAHASA

Simile
Contoh :  kita umpama sehelai daun

Personifikasi
Contoh :  tempat bercanda unggas meriang

Pengulangan baris
Contoh :  kita umpama sehelai daun

Asonansi - pengulangan vokal a
Contoh :  andai kikir jasa dan bakti

Aliterasi – pengulangan konsonan m
Contoh :  hijau menunas menyegar mata

NILAI

Nilai bertanggungjawab
Contoh: Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain

Nilai prihatin
Contoh: Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim

Nilai kesederhanaan
Senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan

PENGAJARAN

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat
Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan
Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana

SILA JAWAB SOALAN DI BAWAH

SOALAN
1) Apakah kepentingan daun kepada  unggas ?
2Pendapat anda, apakah kesan yang wujud dalam masyarakat jika suka berbuat jasa dan bakti?
3)Apakah nasihat penyajak kepada kita semua?
4)Apakah kelebihan ulam-ulaman dalam makanan kita?

 

19 comments:

  1. wow this is the way to help student catch up easily

    ReplyDelete
  2. Tqvm teacher shahila..šŸ˜ŠšŸ˜šŸ˜€

    ReplyDelete
  3. Cikgu dapat soalan dari mana?

    ReplyDelete
  4. Tq cikgu shaqilašŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²

    ReplyDelete
  5. Tq cikgu shaqilašŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²

    ReplyDelete
  6. Tq cikgu shaqilašŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²šŸ˜²

    ReplyDelete
  7. terima kasih ckgu šŸ˜«šŸ’— . you just save my life .

    ReplyDelete
  8. Baru ii ni kelas online cikgu ada ajar pasal sajak ni.....kitaorang ada bincang maksud setiap rangkap sajak tapi saya x dapat nak tangkap apa yang cikgu cakap sbb cikgu buat voice chat dkt telegram kawan ii pulak bising so x dengar apa yg cikgu bagitaušŸ˜…saya try lahh search google then jumpa ni....terima kasih cikgu Shahila šŸ˜Š

    ReplyDelete

SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER

  KOLEKSI SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER