KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI
Masalah sampah sarap yang sering tidak dipungut beberapa hari di kawasan anda mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk. Sebagai setiausaha penduduk, anda dikehendaki menulis surat aduan tentang masalah yang kerap berlaku.
NO. 70, Lorong A13,
Taman Maju Jaya,
75324 Seremban,
Negeri Sembilan.
_________________________________________________________________________________
Pegawai Majlis Perbandaran Seremban,
Peti Surat 36457,
75400 Seremban,
Negeri Sembilan. 02 OGOS 2015
Tuan,
Masalah Sampah Sarap yang Sering Tidak Dipungut
Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha mewakili penduduk Taman Maju Jaya ingin membuat aduan tentang masalah sampah - sarap yang sering tidak dipungut. Sampah - sarap yang dipungut di kawasan perumahan ini kebiasaannya mengikut jadual, namun sampah - sarap ini sering tidak dipungut beberapa hari sejak setahun yang lalu.
2. Salah satu masalah yang penduduk taman ini hadapi ialah masalah pencemaran bau. Masalah ini memberi impak kepada aktiviti harian penduduk. Aktiviti riadah terpaksa tidak dijalankan kerana terganggu dengan masalah bau. Keselesaan di rumah juga terjejas seperti ketika menyediakan hidangan dan ketika makan. Secara keseluruhannya, masalah bau ini sangat memberi kesan kepada penduduk jika tidak ditangani segera.
3. Selain itu, sampah - sarap yang sering tidak dipungut telah menimbulkan masalah keselamatan. Anjing liar yang terdapat di taman perumahan ini sering menimbulkan masalah kerana sampah - sarap yang sering tidak dipungut akan berhamburan. Ini menyebabkan keselamatan penduduk terancam apabila melakukan aktiviti di luar rumah dengan kehadiran anjing liar. Penduduk Taman Maju Jaya amat berharap masalah ini dapat dibendung dengan segera.
4. Sehubungan dengan itu, sampah - sarap yang sering tidak dipungut akan mengundang pelbagai penyakit di taman perumahan ini. Haiwan seperti tikus dan lalat membawa masalah kepada para penduduk di taman perumahan ini. Penduduk sering risau mengenai perkara ini kerana boleh mengundang kepada pelbagai penyakit seperti penyakit kencing tikus yang boleh membawa maut dan keracunan makanan.
5. Saya berharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama dan membuat pemantauan di kawasan taman perumahan ini. Kami juga berharap agar masalah sampah - sarap yang sering tidak dipungut ini boleh diuruskan oleh pihak tuan dengan segera.
Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan amat saya alu - alukan dan diucapkan berbanyak - banyak terima kasih.
Yang Benar,
Sahfirah ....
( NURSAHFIRAH BINTI SAPRI )
Wakil Penduduk,
Taman Maju Jaya.
Thursday, 18 January 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KAJIAN IMPAK PELAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016-2025
PERKARA : KAJIAN IMPAK PELAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016-2025 Tarikh pelaksanaan : 20 April 2025 (Ahad) Murid yang terlibat : K...
-
Kita Umpama Sehelai Daun (Smahadzir) MAKSUD SAJAK Rangkap Maksud 1 Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh ...
-
Empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu seperti yang berikut: i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (F...
-
ULASAN CONTOH 1 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang pan...
No comments:
Post a Comment