Saturday 5 January 2019

KOMPUTER & FUNGSI

KOMPONEN KOMPUTER

KOMPONEN KOMPUTER
Motherboard
  • Motherboard ialah papan utama untuk dipasang kesemua komponen yang lainnya. Ia ialah papan litar yang menghubungkan kesemua komponen untuk menjadi satu komputer yang lengkap.
  • Setiap motherboard mempunyai spesifikasi bergantung kepada processor dan jumla RAM yang boleh didukung oleh motherboard itu.
Processor
  • Processor boleh diibaratkan sebagai otak manusia yang mengatur dan melaksanakan sebarang kiraan di dalam computer.
  • Setiap processor ada spesifikasi tersendiri, bergantung kepada keperluan pengguna dan prestasi yang mampu dicapai oleh processor tersebut.
RAM
  • RAM adalah singkatan dari Random Access Memory, iaitu sebuah komponen komputer yang berfungsi untuk menyimpan data sementara dari suatu program yang sedang kita jalankan dan data-data tersebut boleh diakses secara spontan.
  • Sebelum membeli sebuah RAM pengguna harus tahu terlebih dahulu slot RAM apa yang dimiliki oleh motherboard tersebut, sama ada SDRAM, DDR, DDR2, atau DDR3.
Video Card
  • Juga dikenali sebagai GPU (Graphical Processing Unit pada laptop) ialah alat untuk menghasilkan output gambar apa yang telah diproses ke skrin monitor.
  • Setiap video card ada jenisnya yang tersendiri mengikut spesifikasi motherboard yang tersedia ada.
Sound Card
  • Sound card merupakan sebuah komponen yang menghasilkan output dalam bentuk bunyi dan suara ke  speaker computer.
  • Sound card biasanya dihasilkan secara onboard beserta dengan motherboard. Namun begitu, pengguna boleh memilih untuk menaik taraf sound card bergantung kepada system bunyi 5.1 dan 7.1.
Hard Disk Drive (HDD)
  • Hard disk merupakan peranti simpanan data di dalam komputer kita. Semakin banyak kapasiti yang boleh disimpoan maka semakin banyak data yang boleh disimpan.
  • HDD juga terdapat dalam pelbagai saiz simpanan dan jenis kabel yang ada pada motherboard seperti IDE,SCSI, SATA dan sebagainya.
Optical Disc Drive
  • Merupakan peranti khas untuk membaca CD, DVD dan format cakera padat yang lain.
  • Kini terdapat juga dalam format Blu-Ray.
  • Optical Disk Drive juga terdapat dalam pelbagai saiz simpanan dan jenis kabel yang ada pada motherboard seperti IDE, SATA dan sebagainya.
Monitor
  • Monitor ialah komponen yang berfungsi memancarkan imej yang diproses dari CPU melalui Video Card.
  • Kini terdapat dalam bentuk LCD monitor yang lebih praktikal.
Keyboard dan Mouse
  • Ini ialah komponen input utama yang menghubungkan antara pengguna dan komputernya.
  • Kini terdapat di dalam bentuk tanpa wayar (wireless) dan lebih senang diguna.
Power Supply
  • Power supply ialah komponen utama yang menghidupkan motherboard dan komponen lainnya.
  • Tanpa komponen ini komputer tidak akan dapat dihidupkan walau dengan apa cara sekalipun.
  • Terdapat dalam model pelbagai kuasa yang bersesuaian dengan spesifikasi motherboard.
.
Casing
  • Casing ialah tempat di mana kesemua komponen itu dipasang dan dilengkapkan.
  • Untuk memilih casing yang terbaik, ia mestilah tahan lasak, mempunyai system pengudaraan yang baik dan juga ringan dari yang lain.

SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER

  KOLEKSI SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER