Friday 20 April 2018

ULASAN BAHASA MELAYU


ULASAN
CONTOH 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


Keperluan jawapan:
1.    Ulasan hendaklah mempunyai perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
2.    Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat. (Sekurang-kurangnya dua isi tersurat dan dua isi tersirat)
3.    Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam arahan.

Langkah-langkah menulis ulasan:
1.    Kenal pasti isi tersurat dan isi tersurat yang terdapat dalam bahan grafik yang diberi.
Isi tersurat
Isi tersirat
Menziarahi jiran tetangga
Amalan menziarahi dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum.
Bertegur sapa dengan jiran
Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap yang ramah.
Menolong jiran yang ingin berpindah
Kita dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama pada setiap masa.
Melawat jiran yang sakit
Sering bertanya perkhabaran orang yang berada di sekeliling kita.
2.    Tulis ulasan seperti menulis karangan biasa.

Contoh Jawapan Lengkap

            Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amat mudah dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakat di negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah.  Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan dihulur untuk bersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.

( 105 patah perkataan )

CONTOH 2





NOVEL Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia)

SINOPSIS : Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia)

Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia)

Sinopsis Keseluruhan
Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan  ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.

Sinopsis Mengikut Bab
Bab 1

Setelah pulang berjoging Kamarul  menunjukkan sikap yang berbeza daripada biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar, apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah.  Saridah menegur sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat antarabangsa. Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu dan mencari Saridah untuk memohon maaf.

Bab 2
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan.  Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures. Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan seperti biasa.  Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa dibatalkan. Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman rumah, Saridah datang bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul. Sures pula musykil dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak diperbesar-besarkan.
Bab 3
Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa kecewa dan merasakan dirinya  dipersalahkan  atas sikap dingin Kamarul. Dalam keadaan sedih dan resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang masalah Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya percaya masih ada masa untuk Saridah memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke rumah walaupun loceng tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan masalahnya dengan Kamarul. Saridah membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke rumah. Kesempatan Juriah datang ke situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul
Bab 4
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul  hendak keluar berjoging. Mak Jah terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula hendak pergi, Mak Jahpun  memberikan surat yang diterima kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca surat yang diterima itu. Kamarul terkejut kerana surat itu datangnya daripada Saridah. Hatinya  terharu dengan kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka. Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi dan penonton pula bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan namanya. Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan sayu mengingatkan Saridah.
Bab 5
Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak datang menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya, Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh perasaan Saridah, kerana hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik darjah  hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal danglamour sebagai atlit sukan, sikapnya terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa dan sedih.

Bab 6
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.


Bab 7
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca kenyataan  Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah.  Mereka berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.

Bab 8
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang diceburinya.

Bab 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu  menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir.  Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
Bab 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan  Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik Kadir dan Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan  membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.

Bab 11
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.
Bab 12
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat, Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya.
Bab 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik. Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang belum mencapai tahap terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar.
Bab 14
Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan  kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.



Bab 15

Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega.  De Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat  dan kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.

Friday 13 April 2018

Thursday 12 April 2018

.      

SISTEM BAHASA


1)IMBUHAN APITAN

Imbuhan Apitan
·         Penggabungan  dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu.
·         Terdiri daripada beberapa bentuk:
Apitan meN......-kan dan meN............-i
·         Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:
(a)    sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain
(b)   menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c)    perbuatan
Contoh :
·         membasuhkan , mengikatkanmerekodkan,
·         melayanimerawatimengetuai

Apitan  ke-..............-an
·         boleh membawa beberapa maksud:
(a)    menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b)   tempat
Contoh :
·         kesakitankeletihankemuraman
·         kenakalankesempitan

Apitan peN-....-an
·         merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:
(a)    menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b)   tempat
Contoh :
·         pedalamanpembunuhanpenginapan,perbarisanpelabuhan
Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan
·         Digunakan dalam ayat pasif
Contoh :
·         dianugerahkanditemuidiperdebatkan

Contoh ayat:
·         Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.
·         Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.
·         Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.
·         Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.
JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH
Latihan
A.      Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.
1.       Kita harus ______________ orang yang lebih tua daripada kita. ( hormat )
2.       Salmi ___________akan tingkah laku pemuda itu. (curiga )
3.       Ayah ___________seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha. (korban)
4.       Hanif ___________kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)
5.       Rosnah sering menghabiskan masa lapangnya di __________.(pustaka)

B.      Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
Keberanian       bertanyakan      menghadiahi      menanggalkan                          permohonan             penggunaan                   membincangkan       
        kesunyian                  kesultanan                   membaiki

1.      ____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam penyimpanan data.
2.      Asmat berusaha ____________ basikalnya  yang rosak.
3.      Mesyuarat yang diadakan akan ____________masalah pencemaran.
4.      ___________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.
5.      Adik __________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.
6.      Ayah ___________ saya sebuah buku cerita.
7.  Pihak polis telah memberikan pingat ___________kepada Amar kerana telah membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari.
8.      Seorang pemuda __________ arah ke rumah Encik Zahari.
9.      Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam ____________.
10.  Salah seorang sultan pada zaman _______________Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah.

Tuesday 10 April 2018

PERIBAHASA-


LATIHAN PERIBAHASA TING 1

Sila klik link di bawah:
KUM 1
KUM 2
KUM 3
KUM 4
KUM 5
KUM 6

SILA KLIK link di bawah : Download jawab semua soalan




Sila Klik Link di bawah...UPLOAD..Jawab semua soalan :

Latihan : Cuaca dan iklim di Malaysia



NOTA GEOGRAFI TING 2


NOTA GEOGRAFI TING 2

BAB 1 : SKALA DAN JARAK
BAB 2 : PETA TOPOGRAFI
BAB 3 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM
BAB 4 : CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA
BAB 5: PENGANKUTAN DI MALAYSIA
BAB 6 : TELEKOMUNIASI DI MALAYSIA
BAB 7 : KEPELBAGAIAN IKLIM DAN PENGARUHNYA TEHADAP KEGIATAN MANUSIA DI ASIA
BAB 8 : JENIS DAN KEMAJUAN PENGANKUTAN DI ASIA
BAB 9 : PEMANASAN GLOBAL

PETA KOSONG
PETA KOSONG
https://docs.google.com/document/d/1iM9kpUAPezk7Rkf44qNhcAIdoGCsEu3MRFMMZnQivVI/edit?usp=sharing


BAB1
https://docs.google.com/document/d/1ZmJ5s0_pTxsJtujGA5oNbG2oVEbSJeMwqqrBY-1-qxQ/edit?usp=sharing

BAB 2
https://docs.google.com/document/d/1XawuIamyfoDPYvLtwDmrudJk60i5-uEeG2scL56XzbE/edit?usp=sharing

BAB 3
https://docs.google.com/document/d/1trJ3abJM1NB2NV-njimJiPYhaZRDqMQpxJvs1Xp8_gM/edit?usp=sharing

BAB4
https://docs.google.com/document/d/1zkfNyBKjiv02_7lGEAcWh9B6SDECugb99SvvogR_7Bs/edit?usp=sharing

BAB5
https://docs.google.com/document/d/1ceBdSO4OnNVvZTHm2bUH7zxxHjuEqqqsqT0LInUCjeE/edit?usp=sharing

BAB6
https://docs.google.com/document/d/1oQsykFF4Xtyid32mii2CbcdZocqOWOh3R29duS5kKV8/edit?usp=sharing

BAB7
https://docs.google.com/document/d/150wie0bveXd3fJL8LE8Mk1yYImROxAODLOY_2f8NT0s/edit?usp=sharing

BAB 8
https://docs.google.com/document/d/1VPlYc-M9fcli8xJkB8EYA54BfcWYbd_dNlttLYq7Eg4/edit?usp=sharing
BAB9
https://docs.google.com/document/d/1lfPKTxIkB4DPko6MYCQg87uOlc3Ez1vjeuHhvzKwSG0/edit?usp=sharing

Monday 9 April 2018

Struktur Bumi


GEOGRAFI-(BUMI ting 1(USM)


1.    Struktur bumi yang bertanda
P    =          ………………………………………………………
Q   =          ………………………………………………………
R   =          ………………………………………………………
S    =          ………………………………………………………
2.    Sistem fizikal bumi terdiri daripada empat komponen iaitu ………………………, ……………………,
…………………………………… dan ……………………………….
3.    Atmosfera teridiri daripada beberapa lapisan iaitu …………………….…., ………………..…………..,
……………………………………… dan ……………………………
4.    Kerak bumi terdiri daripada dua lapisan iaitu ……………………. dan ………………………………..
5.    Benua di dunia terdiri daripada benua …………………, …………………………….., ………………….,
……………………………, ………………………………….., dan …………………………………………..
6.    Lautan yang paling luas ialah lautan …………………………. dan lautan paling kecil dan tercetek di dunia ialah lautan………………………………..
7.    Selat ………………….. ialah perairan yang memisahkan Singapura dan Malaysia manakala Selat ……………………….. memisahkan Malaysia dengan Indonesia.
8.    ……………………….. ialah magma yang keluar daripada gunung berapi
9.    Kejadian ombak yang besar dan tinggi hasil daripada pergerakan plat dasar lautan disebut sebagai kejadian …………………………………..

Sunday 8 April 2018

LATIHAN PERIBAHASA ----LINK -google slide

Klik link di bawah:
https://docs.google.com/presentation/d/1-Esxf4t9JN2FcAcpVZW5KvpObPg10KaOClyJNLfmKqI/edit?usp=sharing

Friday 6 April 2018

Kesan penggunaan Telefon Bimbit

TAJUK:KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Image result for penggunaan telefon bimbit

Alat telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon merupakan salah satu alat yang telah diciptakan oleh Alexander Graham Bell. Dalam era yang serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi, telefon bimbit merupakan salah satu kepentingan yang harus dimiliki oleh lapisan masyarakat. Penggunaan telefon bimbit ini turut mendatangkan implikasi yang pelbagai kepada setiap pengguna. Seperti yang kita ketahui, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup terutamanya bagi para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa telefon pintar telah mempengaruhi cara masyarakat dalam mengendalikan urusan seharian mereka.

          Penggunaan telefon bimbit dalam seharian sudah semestinya ianya banyak mendatangkan kesan yang baik kepada pengguna namun ianya turut memberikan kesan yang agak tidak baik kepada pengguna sekiranya ianya tidak digunakan dengan cara betul. Antara kebaikan menggunakan telefon pintar ialah ianya dapat dijadikan sebagai alat perhubungan. Sebagai contoh, telefon pintar dapat memudahkan seseorang untuk berhubung dengan keluarga mahupun dengan yang lain dan sekali gus ianya dapat mengeratkan dan dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli keluarga. Selain itu, telefon pintar juga dapat membantu kita dalam mempelajari dan mengetahui sesuatu hal yang berkaitan pelajaran dan macam-macam lagi.

           Disamping itu, telefon pintar turut dapat digunakan sebagai alat untuk melayari internet. Seperti yang diketahui, penggunaan internet pada masa kini amat penting kepada para pelajar dalam membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Justeru itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar dapat memudahkan lagi golongan remaja untuk melayari internet di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan oleh seseorang individu dapat di diperolehi dengan cepat dan mudah. Penggunaan telefon bimbit turut dapat membantu seseorang mendapatkan informasi terkini. Selain itu, telefon bimbit membolehkan muat turun (download) secara langsung dan tidak mengambil masa yang panjang.

       Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada pengguna, namun keburukannya tetap wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Apabila berlakunya penyalahgunaan dalam telefon bimbit ia dapat mengganggu pelajaran malah akan ia memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan akan menyebabkan berlakunya pembaziran wang. Dimana kadar setiap panggilan menggunakan telefon bimbit adalah tinggi. Perbualan yang tidak penting membolehkan pengguna membazir wang. Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini turut mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub dengan perkara tersebut. Hal ini boleh dilihat apabila ramai di antara kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulangkaji pelajaran kerana terlalu leka dengan alat teknologi ini.


      Oleh itu, masyarakat perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit dengan cara yang betul. Ibu bapa juga perlu menyelamatkan anak-anak muda daripada ketagih kepada telefon bimbit agar mereka tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Disamping itu, ibu bapa perlu sedar akan hak mereka dalam mengawal penggunaan telefon bimbit kepada anak-anak mereka. Jika tidak, pelbagai masalah yang tidak diingini akan wujud. Masyarakat sepatutnya menggunakan telefon pintar dengan sebaiknya dan bukanlah sebaliknya.

PENDAHULUAN

AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS




ISI 1

AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS






ISI 2
AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS




ISI 3

AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS




ISI 4
AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS







PENUTUP

AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS





SELAMAT MENJAWAB… PRINT UNTUK DI TAMPAL DALAM BUKU PENULISAN

SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER

  KOLEKSI SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER