Friday 6 April 2018

Kesan penggunaan Telefon Bimbit

TAJUK:KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Image result for penggunaan telefon bimbit

Alat telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon merupakan salah satu alat yang telah diciptakan oleh Alexander Graham Bell. Dalam era yang serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi, telefon bimbit merupakan salah satu kepentingan yang harus dimiliki oleh lapisan masyarakat. Penggunaan telefon bimbit ini turut mendatangkan implikasi yang pelbagai kepada setiap pengguna. Seperti yang kita ketahui, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup terutamanya bagi para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa telefon pintar telah mempengaruhi cara masyarakat dalam mengendalikan urusan seharian mereka.

          Penggunaan telefon bimbit dalam seharian sudah semestinya ianya banyak mendatangkan kesan yang baik kepada pengguna namun ianya turut memberikan kesan yang agak tidak baik kepada pengguna sekiranya ianya tidak digunakan dengan cara betul. Antara kebaikan menggunakan telefon pintar ialah ianya dapat dijadikan sebagai alat perhubungan. Sebagai contoh, telefon pintar dapat memudahkan seseorang untuk berhubung dengan keluarga mahupun dengan yang lain dan sekali gus ianya dapat mengeratkan dan dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli keluarga. Selain itu, telefon pintar juga dapat membantu kita dalam mempelajari dan mengetahui sesuatu hal yang berkaitan pelajaran dan macam-macam lagi.

           Disamping itu, telefon pintar turut dapat digunakan sebagai alat untuk melayari internet. Seperti yang diketahui, penggunaan internet pada masa kini amat penting kepada para pelajar dalam membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Justeru itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar dapat memudahkan lagi golongan remaja untuk melayari internet di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan oleh seseorang individu dapat di diperolehi dengan cepat dan mudah. Penggunaan telefon bimbit turut dapat membantu seseorang mendapatkan informasi terkini. Selain itu, telefon bimbit membolehkan muat turun (download) secara langsung dan tidak mengambil masa yang panjang.

       Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada pengguna, namun keburukannya tetap wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Apabila berlakunya penyalahgunaan dalam telefon bimbit ia dapat mengganggu pelajaran malah akan ia memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan akan menyebabkan berlakunya pembaziran wang. Dimana kadar setiap panggilan menggunakan telefon bimbit adalah tinggi. Perbualan yang tidak penting membolehkan pengguna membazir wang. Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini turut mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub dengan perkara tersebut. Hal ini boleh dilihat apabila ramai di antara kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulangkaji pelajaran kerana terlalu leka dengan alat teknologi ini.


      Oleh itu, masyarakat perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit dengan cara yang betul. Ibu bapa juga perlu menyelamatkan anak-anak muda daripada ketagih kepada telefon bimbit agar mereka tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Disamping itu, ibu bapa perlu sedar akan hak mereka dalam mengawal penggunaan telefon bimbit kepada anak-anak mereka. Jika tidak, pelbagai masalah yang tidak diingini akan wujud. Masyarakat sepatutnya menggunakan telefon pintar dengan sebaiknya dan bukanlah sebaliknya.

PENDAHULUAN

AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS




ISI 1

AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS






ISI 2
AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS




ISI 3

AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS




ISI 4
AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS







PENUTUP

AYAT TOPIK


AYAT HURAIAN


AYAT CONTOH


AYAT RUMUS





SELAMAT MENJAWAB… PRINT UNTUK DI TAMPAL DALAM BUKU PENULISAN

No comments:

Post a Comment

SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER

  KOLEKSI SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER