Sunday 4 February 2018

POLA AYAT---- FN FK FA FS----

Empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu seperti yang berikut:

i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)

a.    Frasa
Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen  atau binaan kepada klausa.Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang paling penting dalam frasa. Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :
Kakak saya seorang pramugari = Kakak pramugari
Di sini ‘kakak’ dan ‘pramugari’ adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut.


Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

*      Frasa Nama (FN)
Frasa Nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua   
jenis hubungan antara perkatan-perkataan ini :
                        a)    inti & penerang
Contoh : Guru sekolah menengah itu sedang menasihati murid-muridnya (FN+FK)
                  Guru à inti ; sekolah menengah itu à penerang
                        b)    inti & inti.
Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FK)
                  Ibu à inti ; bapa à inti.

Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa nama.

*      Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua :
a)      Frasa kerja yang tidak mengadungi objek dan tidak memerlukan kata
nama sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif.
Contoh : Adik menangis (FN+FK)
b)      Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk
melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.
Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK)  ;
                          burung gagak à objek
                          di hutan à penerang

*      Frasa Adjektif (FA)

Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat  yang hadir selepas kata kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.
Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas, muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan :
            a)    Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
Ø  keserasian makna. Contoh  : cantik molek, penat lelah
Ø  makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar
Ø  keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai
            b)    Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata
                   nama sebagai penerang. Ia membawa dua maksud
Ø  keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun
Ø  kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala

Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
Ø  Di hadapan : paling degil, amat bijak
Ø  Di belakang : murah sekali, cepat benar
Ø  Secara bebas : amat cantik, cantik amat.
Ø  Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi
Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh :
Rumah Ani amat besar sekali  à Amat besar sekali rumah Ani

*      Frasa Sendi Nama (FSN)

Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama
     dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat
     biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam ayat. 
Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara :
Ø  Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di pasar
Ø  Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar
Ø  Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke dalam hutan untuk menangkap rusa.
(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat komplemen merupakan unsur pilihan)
Ø  Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan negeri China pada tiap-tiap bulan.
(binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)

*      Pola 1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Nama ( FN ) sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FN ) :
Ahmad ialah guru.
Ahmad merupakan frasa nama begitu juga dengan guru.Ayat tersebut tidak menjadi terbitan kerana tidak mempunyai imbuhan.

*      Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Kerja ( FK ) sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FK ) :
Ahmad berlari.
Ahmad merupakan frasa nama manakala berlari merupakan frasa kerja iaitu
daripada kata dasar lari.

*      Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Adjektif ( FA ) sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FA ) :
Ahmad tinggi.
Ahmad merupakan frasa nama manakala tinggi merupakan kata adjektif atau pun kata sifat iaitu sifat Ali yang tinggi.

*      Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Sendi Nama ( FSN ) sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FSN ) :
Rumahnya disebelah balai Polis.
Rumah merupakan frasa nama manakala di merupakan kata sendi
nama. Manakala balai polis hanyalah prediket ayat.

                        Ayat dasar ini juga mengandungi beberapa ciri iaitu,boleh terdiri dari satu
            klausa utama sebagai satu susunan biasa.Ini kerana ayat dasar terdiri dari satu
            subjek dan satu predikat.Ayat dasar juga bertindak sebagai ayat penyata bagi
            menyatakan sesuatu.Selain itu,ayat dasar juga bertindak sebagai ayat aktif.Ayat
            dasar ini biasanya adalah ayat yang ringkas maka ayat ini berpotensi untuk
            diperluaskan.Ayat ini juga tidak mempunyai kata hubung yang menyambung antara
            dua ayat.

LATIHAN

Tatabahasa (Pola Ayat Dasar)


Nota
Pola Ayat Dasar dalam Bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada 4 pola ( berdasarkan predikat ayat), iaitu :

i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami.

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah.

iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Cikgu Faridah seorang yang baik hati.

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2.


Latihan
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.

i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.
ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.
iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran.
iv. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.
v. Adik saya sangat comel dan manja.
vi. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.



Skema Jawapan: 

i. Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )
ii. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )
iii. Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )
iv. Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )
v. Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )
vi. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )

7 comments:

  1. Kalau soalan macam ni apa jawapan dia




    Beliau tetap yakin akan perjuangannya walaupun pernah ditipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Samada FN+FA atau FN+FK. Mana satu yg betul Cikgu Shahila?

      Delete
    3. nombor 2 saya rasa salah bhosideke chacha gajar

      Delete
  2. Assalam cikgu...mohon izin guna nota.

    ReplyDelete

SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER

  KOLEKSI SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER