Tuesday 3 April 2018

KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI

Selaku ketua pasukan bola sepak, anda telah diminta oleh guru penasihat untuk mengadakan pertandingan persahabatan dengan sebuah sekolah yang berhampiran. Tulis surat tersebut selengkapnya.

CONTOH 1

Pasukan Bola Sepak,
Sekolah Menengah Kebangsaan Manir,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Tuan Pengurus,
Pasukan Bola Sepak, 
Sekolah Menengah Kebangsaan Belara,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.                                                                                         16 APRIL 2014

Tuan,
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

Kami amat berbesar hati sekiranya pasukan bola sepak sekolah tuan dapat mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak kami

2. Tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan untuk menjalinkan hubungan persahabatan antara kedua-dua belah pihak supaya dapat memantapkan pasukan bola sepak sekolah masing-masing yang akan menyertai pertandingan bola sepak peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah pada hujung bulan Mei ini.

3. Perlawanan ini akan diadakan pada hari Khamis, 21 April 2014, di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Manir pada pukul 5.30 petang. Kami akan menyediakan segala kemudahan, iaitu minuman, penjaga masa, dan pengadil. Pengadil dan penjaga masa merupakan guru-guru dari sekolah lain. Walau bagaimanapun, segala kemudahan yang telah kami tetapkan boleh diubah suai jika pihak tuan ada pilihan yang lain.

4. Kami berharap agar mendapat jawapan daripada pihak tuan sebelum 18 April 2014 supaya kami dapat membuat persiapan yang rapi. Diharapkan pihak tuan sudi mengadakan perlawanan persahabatan ini.  Kami akhiri dengan ucapan terima kasih.


Yang benar,



............................................
(ISMAIL BIN MAHADI)
Ketua Pasukan Bola Sepak,
Sekolah Menengah Kebangsaan Manir.


Contoh 2

Tajuk / Soalan : Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.

Karangan Lengkap

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.                                                                            15 OKTOBER 1998.
             
Tuan,

Memohon Kebenaran Membuat Lawatan

Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.

2.     Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan  dan sudah pun  mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.

  Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
                        Tarikh : 17.10.1998
                        Masa   : 10.00 pagi
                        Ahli     : 21 orang termasuk 2 guru pengiring                                         

Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................................
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu

Contoh 3

Tajuk / Soalan :Andaikan bahawa anda diserang demam panas. Anda tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahunya keadaan anda.

Karangan Lengkap

Kampung Awek,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru kelas,
Tahun 6 kenanga,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.                                                                           20 OKTOBER  1998.
              
Cikgu,

Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Berhubung dengan perkara di atas, saya Habibah Bt. Ghazali murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan bahawa saya tidak hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.  

2.     Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di salah sebuah klinik. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama dua hari.

3.     Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk makluman dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.  

Atas perhatian dan kerjasama cikgu, saya dahului dengan ucapan terima kasih.        

Sekian.

Yang benar,

……………………………….
( HABIBAH BT. GHAZALI ) 



2 comments:

SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER

  KOLEKSI SOALAN TRIAL SAINS KOMPUTER